Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa akan menemui penonton di pawagam
mulai 14 Ogos ini, menampilkan gabungan pelawak Malaysia seperti
kumpulan Bocey, Yassin, Epy Kodiang dan ramai lagi.
TAJUK : KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA
Tarikh Tayangan : 14 Ogos 2014
Genre : Komedi
Pelakon : Abam, Fad, Acey (Bocey), Yassin, Epy Kodiang
Pengarah : Hashim Rejab
Terbitan : Metrowealth
SINOPSIS KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA
Cerita ini menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal
bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak
hantu dalam setiap filem. AKHIR pula adalah seorang pekerja di sebuah
stesen minyak dan REMY adalah seorang pengilap kasut. Mereka menyewa
rumah yang dimiliki oleh PAK CIK OSMAN BASAH. Ketahui bagaimana salah
seorang rakan mereka meninggal dunia di rumah itu?