Gempar..! Risalah Injil Kuno Dijumpai..Kerajaan Turki telah mengesahkan sebuah injil kuno yang dijangka berusia 1500 tahun. Injil kuno tersebut ada nmenyatakan ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai penerus risalah Nabi Isa (Jesus) di bumi.
![]() |
| Paus Benedict XVI mengaku ingin melihat sendiri Injil kuno ini. |
Bahkan Injil ini mencetuskan minat yang serius dari kalangan orang besar Vatican. Paus Benedict XVI mengaku ingin melihat buku 1,500 tahun yang lalu ini. Kebanyakan orang ramai mengjangkakan Injil ini adalah Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh Turki selama 12 tahun iaitu bermula pada tahun 2000.
![]() |
Tulisan berharga 14 juta pound yang menggunakan
bahasa Aramik (bahasa pertuturan Jesus)
|
Menurut Mailonline, injil yang ditulis tangan menggunakan dakwat emas itu menggunakan bahasa Aramik. Inilah bahasa yang dipercayai digunakan Jesus sehari-hari dalam kehidupannya di dunia. Di dalam injil ini juga diperjelaskan ajaran asli Jesus serta ramalan kedatangan nabi terakhir selepas Nabi Isa.
Injil kuno berusia 1,500 tahun ini yang menggunakan kulit haiwan, ditemui polis Turki semasa operasi anti penyeludupan pada tahun 2000 lalu. Injil kuno ini sekarang di simpan di Muzium Etnografi di Ankara, Turki.
| Muzium Etnografi di Ankara, Turki yang menyimpan Injil Kuno ini |
Gunay juga mengatakan pihak Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk melihat kitab dari teks yang kontroversi ini menurut keyakinan Kristian. Kitab ini berada diluar pandangan agama Kristian seperti dari pandangan kitab Injil yang lain seperti Markus, Matius, Lukas dan Yohanes.
Lihat video Injil kuno di bawah ini :


