Pernahkah anda rasa nak marah, sedih, risau, takut, geram, benci dan sebagainya. Itulah tekanan. Tekanan kerja, tekanan keluarga, tekanan peperiksaan, tekanan kewangan, tekanan perasaan dan pelbagai lagi tekanan mampu menjejaskan kesihatan dan kehidupan kita. Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda teknik untuk mengesan tekanan melalui tubuh anda dan seterus mengatasi tekanan tersebut. Ia tidaklah sukar sekiranya anda tahu caranya.
Secara semula jadi, fikiran, emosi dan tubuh badan kita mempunyai hubungan yang sangat erat. Segala aktiviti pemikiran & emosi akan memberi kesan secara langsung kepada perjalanan anggota dalaman dan luaran tubuh kita. Sekiranya fikiran dan emosi kita ceria, tubuh kita turut mendapat manfaat yang sangat baik. Sebaliknya sekiranya pemikiran kita bercelaru dan emosi tidak menentu, ia memberi kesan yang sangat buruk kepada kesihatan anggota tubuh kita. Bagaimana ia terjadi.
Apabila kita tertekan, otot-otot tubuh akan menenggang, pejalanan darah tidak menentu, pernafasan terganggu dan hormon dalam badan mula menghasilkan toksik yang merbahayakan tubuh anda. Ini memberi kesan buruk kepada lima organ tubuh anda iaitu jantung, ginjal, paru-paru, hati dan limpa. Sekiranya otak kita gagal berfungsi, kita sekadar pengsan atau koma sahaja. Tetapi sekiranya lima organ penting ini tidak berfungsi.. good bye world..he.he. he … arwah la jawabnya… Dengan kata lain tekanan boleh membunuh anda.
Sebelum itu, anda perlu mengetahui keadaan tubuh anda apabila tertekan. Kerana kadang kala kita tidak sedar kita sebenarnya tertekan. Ok, apabila kita tertekan, bahu kita akan ternaik sedikit, kaki juga akan terangkat sedikit dan jari jemari kita menengang. Sebenarnya semua otot dalam badan mula menegang. Dengan mengetahuinya, anda lebih berwaspada dengan tekanan pada diri anda.
So untuk mengatasinya mudah sahaja. Turunkan bahu, kaki, tangan dan kendurkannya. Mudah bukan. Dengan kata lain kita mengendurkan semula otot-otot yang ketengangan itu. Konsepnya begini, apabila otak bercelaru ia menyebabkan ketegangan pada tubuh badan kita. Dengan itu apabila kita mengendurkan semula otot tubuh kita, ia akan menyebabkan otak kembali rileks. Kerana otak dan tubuh mempunyai hubungan yang sangat rapat. Tak caya try la buat.
Namun teknik yang lebih baik, anda duduk di atas kerusi. Pejam mata anda dan cuba rasai ketegangan pada tubuh anda. Mulakan dari belakang kepala anda, turun ke belakang leher, bahu, tulang belakang dan kaki. Anda bukan sahaja merasai ketenggangan malah cuba mengendurkan atau menurunkan ketegangan tersebut. Begitu juga dengan organ dalaman anda seperti jantung, paru-paru,ginjal, hati dan limpa. Cuba rasai ketegangan dan cuba kendurkan atau turunkan ketegangan di kawasan tersebut dengan perlahan-lahan.
Satu lagi teknik yang dapat membantu menggurangkan tekanan ialah membuat senyuman dalaman. Teknik ini saya baca dari buku perubatan cina dan saya dapati ia berkesan menghilangan tekanan dari dalaman kita. Caranya mudah sahaja. Duduk di atas kerusi, tutup mata dan buat satu senyuman ikhlas yang sangat hebat. Atau bayangkan kekasih anda sedangan tersenyum dan anda membalas senyuman tersebut dengan penuh gembira.
Seterusnya bayangkan mata anda tersenyum seperti bibir anda dan tersenyum dengan hati yang sangat gembira. Perlahan-lahan, katakan pada diri anda “Let it go” atau “Biarkan ia pergi” .. Apa yang pergi… masalah anda la. Ataupun katakan “Biarkanlah perangai dia mcm tu” atau “biarkanlah aku tak dpt apa yg dimahukan” dan apa sahaja terbuku dihati anda. Dan bawa senyuman itu dari mata ke dada anda. Teknik ini memerlukan tumpuan yang tinggi untuk berjaya. Teknik ini sangat berkesan jika dibuat dengan betul. Selamat mencuba.
sebelum anda beredar, jom tonton video seorang mamat yang tersangat tension. Kesian dia…
